Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Sinopsis Pembesaran




alt text

Masjid Al-I'tisam - Pengenalan

Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Shah Alam telah mula beroperasi sejak tahun 1997 yang berasal daripada sebuah surau yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sebuah masjid sehingga kini. Masjid ini bukan sahaja menjadi tumpuan untuk aktiviti khusus berkaitan keagamaan, malahan ia menjadi pusat penyebaran ilmu, maahad tahfiz, kelas Al-Quran, kelas asas fardu ain (KAFA) dan pelbagai program untuk anak kariah setempat.

alt text

Masjid Al-I'tisam - Proses Pembesaran Bermula (FASA 1A)

Pembangunan Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam telah bermula sejak Oktober 2015 dengan menambahbaik dan merombak struktur-struktur lama antaranya tandas lelaki dan stor lama. Projek pembesaran Masjid Al-I’tisam dilakukan secara berperingkat yang mana akan mempunyai empat fasa iaitu Fasa 1 hingga Fasa 4. Manakala Fasa 5 masih lagi dalam perancangan. Fasa 1 terbahagi kepada dua iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B. Pembesaran masjid dimulakan dengan Fasa 1A iaitu pembinaan bangunan tambahan untuk ruang solat utama yang boleh memuatkan lebih kurang 500 orang jemaah. Fasa 1A telah siap menjelang bulan Ramadan 2016 dan dapat digunakan untuk solat sunat tarawih dan solat Jumaat.

alt text

Masjid Al-I'tisam - FASA 2

Seusai siap Fasa 1A, pembangunan masjid bersambung dengan Fasa 2 yang menempatkan bangunan pentadbiran masjid. Bangunan pentadbiran ini memuatkan pejabat pentadbiran masjid, kelas-kelas pengajian, perpustakaan, bilik mesyuarat dan seminar, tandas, bilik serbaguna, bilik kebajikan, bilik pengurusan jenazah dan kelas asuhan awal kanak-kanak. Bangunan ini dibina lebih awal dengan tujuan memindahkan fungsi sedia ada yang berjalan di bangunan lama, agar segala pengurusan pentadbiran dan fungsi masjid tidak terjejas oleh projek pembesaran tersebut. Fasa 2 telah siap sepenuhnya pada bulan April 2017.

alt text

Masjid Al-I'tisam - FASA 1B

Manakala pembinaan bagi Fasa 1B pula telah bermula pada November 2017. Fasa 1B dijangka siap pada Mei 2018 dan insyaAllah boleh digunakan oleh anak kariah dan jemaah untuk solat terawih pada bulan Ramadan 1439 Hijrah. Kerja-kerja utama bagi Fasa 1B telahpun siap termasuklah bumbung, lantai dan dinding. Fasa 1B adalah pembesaran ruang solat utama termasuk mimbar, yang juga boleh memuatkan 500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

alt text

Masjid Al-I'tisam - FASA 3 DAN 4

Proses pembesaran yang akan datang adalah pembinaan Fasa 3 dan 4 yang mana mengikut perancangan, ia akan dilaksanakan selepas Syawal 1439 Hijrah. Fasa 3 dan 4 akan meliputi pembesaran bagi ruang solat terbuka dua tingkat yang akan memuatkan sehingga 3000 orang jemaah pada satu-satu masa berserta dengan kubah masjid.

Masjid Al-I'tisam