Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Maklumat Sumbangan




alt text

Ahli jawatankuasa masjid merayu kepada pihak Yang Berbahagia Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Tuan / Puan untuk sama-sama terlibat dalam pembesaran masjid dengan menghulurkan sumbangan dana yang diperlukan seperti maklumat di bawah. Sebagai makluman, perbelanjaan untuk menyiapkan keseluruhan Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam ini akan menelan belanja hampir RM15,700,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Juta dan Tujuh Ratus Ribu) melalui Fasa 1 hingga Fasa 4 di mana dana terkumpul setakat ini masih belum memenuhi jumlah yang diperlukan untuk menjayakan projek pembesaran masjid ini. Semoga segala sumbangan dan bantuan serta usaha murni yang telah dan akan diberikan akan mendapat keberkatan, dirahmati dan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

"Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, walaupun hanya memberi sesuatu benda sebesar sarang merpati, nescaya Allah akan mendirikan untuknya rumah di syurga " (Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban).


42.04%

Sumbangan Terkumpul : RM 6 600 000    Dana yang Diperlukan : RM 15 700 000

Masjid Al-I'tisam