Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Taklimat Projek Pembesaran





Sasaran siri taklimat khas ini ialah kepada ahli kariah, golongan korporat, ahli perniagaan, ketua pemimpin dan individu yang menaruh minat terhadap pembesaran Masjid Al-I’tisam ini. Objektif utama siri taklimat ini ialah untuk menyampaikan perkembangan mutakhir tentang pembinaan, kedudukan kewangan, struktur pembinaan, jangka masa pembinaan, kelulusan pembangunan dan lain-lain perkara.

Berdasarkan kepada beberapa siri taklimat yang diadakan sebelum ini, satu sesi soal jawab juga diadakan selepas taklimat bagi menjawab segala persoalan daripada tetamu yang hadir. Pihak jawatankuasa juga memberi risalah maklumat terkini kepada yang hadir, agar mereka memahami akan status pembinaan secara terperinci. Ramai yang hadir pada sesi taklimat ini amat berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan serta menyokong usaha-usaha yang dijalankan secara strategik ini. Di akhir sesi taklimat, beberapa individu juga telah memberi sumbangan terus kepada tabung dana pembesaran Masjid Al-I’tisam.

Siri jelajah taklimat ini juga bakal diadakan dari semasa ke semasa, bergantung kepada keperluan. Perancangan dan persiapan rapi perlu dilakukan sebelum setiap sesi taklimat dijalankan.

Masjid Al-I'tisam