Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Program 'Syoknya Nak Sekolah' & Pelancaran Media Digital Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam





Masjid Al-I’tisam - 22 Disember 2018 : Masjid Al-I’tisam telah menganjurkan Program ‘Syoknya Nak Sekolah’ & Pelancaran Media Digital Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam pada malam 22 Disember 2018 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Al-I’tisam.

Program ini bersifat serampang dua mata dimana matlamat pertama adalah meraikan dan membantu 50 orang anak asnaf dan anak yatim yang terpilih. Bantuan diberikan dalam bentuk baucer dan alat tulis bagi memenuhi keperluan kelengkapan sekolah mereka.

Agenda kedua program tersebut adalah untuk melancarkan kembali media digital Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam. Pelancaran semula ini adalah bertujuan memberi infrormasi kepada orang awam terutamanya ahli kariah TTDI Jaya mengenai medium komunikasi dalam bentuk media digital bagi projek ini.

Program yang dihadiri oleh lebih daripada 200 hadirin tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Nur Fadhli Yohman, Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Lembaga Zakat Selangor. Turut hadir pada malam tersebut, Tuan Haji Khamis B. Abdul Kadir, Timbalan Nazir Masjid Al-I’tisam, wakil-wakil penaja, staf dan ahli jawatankuasa masjid.

Pihak masjid sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan tajaan daripada pihak Canggih Shoppe, Ameena Bee Stationery & Trading Sdn. Bhd., Aroma Hijrah, UA Sham Resources, Restoran Mashyur dan juga Encik Zamri bagi menjayakan program ini.

Masjid Al-I'tisam