Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam




Aktiviti Masjid


Aktiviti Remaja Bulan Ramadhan 2018/1439H


Sepanjang Bulan Ramadhan ini, Masjid Al-I'tisam melalui Lujnah Pemuda diamanahkan untuk menjaga dan menyelia anak-anak remaja sekolah rendah dan menengah dengan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat.

Sesi pertama ialah solat terawih berjemaah. Seorang imam dipilih dari kalangan remaja terbabit. Alhamdulillah menampakkan hasil yang positif kerana mereka dapat menyelesaikan 8 rakaat dengan baik. Sejurus solat, mereka akan diisi beberapa aktiviti seperti tazkirah ringkas dan bermain indoor games.

Sesi kedua ialah tadarus Al-Quran. Aktiviti ini diadakan setelah selesai solat terawih. Penyertaan yang cukup baik dari para remaja terutama para hari minggu.

Akhir kata diharapkan sokongan dan perhatian dari para jemaah khususnya ibu bapa juga diperlukan dalam mendidik dan membentuk anak-anak ini supaya menjadi insan soleh dan pintar di masa hadapan.

Masjid Al-I'tisam