Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam - Aktiviti Masjid




MAKLUMAT TERKINI SOLAT JUMAAT & SOLAT FARDHU DARI
MASJID AL-I'TISAM, TAMAN TTDI JAYA - 7 JULAI 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Kariah yang dikasihi Allah,

1. JEMPUTAN SOLAT JUMAAT 10/07/20

Pendaftaran menggunakan Google Forms telah di buka pada hari Isnin 6/7/20. Sebanyak 460 permintaan diterima. Undian akan dilakukan untuk memilih 325 jemaah solat Jumaat (tidak termasuk Pegawai dan AJK Masjid).

Nama-nama yang terpilih akan kami hubungi secara berperingkat (selewat-lewatnya pada hari Khamis).

Surat jemputan WAJIB di pamerkan di pintu masuk untuk solat Jumaat. SOP lain seperti membawa sejadah sendiri (besar) dan pelitup muka juga diWAJIBkan. Kegagalan utk mematuhi SOP, boleh menyebabkan jemaah tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk solat Jumaat.


2. JEMPUTAN SOLAT FARDU SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK

Kesemua ahli kariah dan mereka yg berada di sekitar taman kita, dijemput untuk memenuhi ruang-ruang solat di dalam dewan solat utama (180 jemaah) dan di koridor masjid. Tiada lagi apa2 halangan untuk tuan2 hadir ke masjid. Namun begitu SOP WAJIB di patuhi (sejadah dan face mask).

Mereka yg tidak memenuhi SOP akan diminta utk solat di koridor masjid.


3. OPERASI PINTU PAGAR MASJID

Untuk solat Jumaat, semua jemaah akan menggunakan laluan pintu SRA/SK seperti yang lepas. Pintu pagar akan dibuka pada 1230 thari dan di tutup setelah azan pertama berkumandang.

Untuk solat fardhu, pagar hadapan pintu utama akan di buka seawal 530pagi hingga 930mlm setiap hari (kecuali waktu solat Jumaat). Namun begitu pintu cermin(sliding) untuk ke ruang solat utama hanya dibuka 15min sebelum azan dan ditutup sebaik iqamah.

Mereka yg sampai selepas bilal iqamah atau mereka yg singgah diluar waktu solat jemaah, dipersilakan untuk solat di koridor masjid.


4. JEMPUTAN MENGHADIRI KULIAH

Kuliah Maghrib, Subuh, Dhuha dan Tazkirah sebelum Jumaat telah berjalan dan akan diteruskan. Ahli jemaah dijemput hadir ke majlis ilmu dan hendaklah duduk ditempat solat masing2 dengan berlapikkan sejadah dan mengenakan pelitup muka disepanjang kuliah bejalan.


5. LARANGAN UNTUK GOLONGAN TERTENTU

Warga asing, muslimat dan kanak2 masih belum dibenarkan untuk solat berjemaah di Masjid/surau. Namun begitu muslimat telah dibenarkan utk hadir kuliah dhuha.

Semuga kita semua diberi kekuatan untuk mengimarahkan masjid/surau, terhindar dari virus Covid-19 dan kawasan/negeri kita kekal dalam Zon Hijau.

Wassalam,

    Nazir
    Masjid Al-Itisam
    Taman TTDI Jaya

Masjid Al-I'tisam