Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam - Aktiviti Masjid




MAKLUMAT TERKINI DARI MASJID AL-I'TISAM, TAMAN TTDI JAYA - 27 Jun 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Kariah yang dikasihi Allah,

PROGRAM KORBAN 2020 SEMPENA EIDUL-ADHA 1441H

Masjid Al- I'tisam melalui mesyuarat AJK pada 25/06/20 telah memutuskan untuk mengadakan program korban secara terhad bersama wakil surau-surau dan persatuan di Taman TTDI Jaya.

Oleh kerana kekangan dan syarat2 yg amat ketat yang dikenakan oleh pihak berwajib, kami hanya mampu menguruskan 7 ekor lembu korban dengan maksima 40 petugas yang dibenarkan.

Penyertaan untuk 7 ekor lembu korban telah dibahagi2 kepada surau2 dan persatuan (KRT) bagi tujuan mencari peserta. Masjid Al-I'tisam sendiri hanya diperuntukkan 2 ekor sahaja utk penyertaan dari kalangan jemaah masjid. Perkara ini telah diumumkan sewaktu solat Subuh pagi Jumaat.

Disebabkan syarat2 yg ketat dan kekurangan kawasan dan tenaga petugas (warga asing tidak dibenarkan sama sekali), maka kami memutuskan agar lembu korban di sembelih di pusat sembelihan (ladang) dan dipotong kasar (tanpa lapah), sebelum dihantar ke masjid untuk proses seterusnya.

Kos lembu korban gred A adakah RM750 satu bahagian termasuk kos pengrusan. Masjid bercadang untuk melaksanakan program Korban 2020 pada hari Sabtu, 1 Ogos 2020.

Sekiranya tuan ingin menjadi petugas/volunteer pada hari tersebut, sila hubungi Pegawai Masjid (Sdr Safar 013-405 9939) untuk urusan lanjut.

Semua perkara diatas adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berwajib spt JAIS dan KKM. Nama2 petugas juga akan disaring sebelum diterima. Peserta2 kurban juga tidak dibenarkan hadir di lokasi (kecuali sudah diluluskan sebagai petugas). Hanya datang semasa proses agihan sahaja.

Wassalam,

    Nazir
    Masjid Al-Itisam

Masjid Al-I'tisam