Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam - Aktiviti Masjid





Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019M
Penyertaan : Maahad Tahfiz Al-I'tisam Litahfizi TTDI Jaya (MALAQ), Surau As-Sakeenah TTDI Jaya, Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Melewar, Surau Al-Bukhary Laman Glenmarie, Institut Uthmani Darul Hadis, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), PASTI Shah Alam & Muslimat TTDI Jaya.
Tarikh : 12 Rabiulawal 1441H / 9 November 2019 (SABTU)



Masjid Al-I'tisam telah menganjurkan pelbagai program bagi menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini. Salah satu daripadanya adalah perarakan yang dimulakan dari Surau As-Sakeenah hingga Masjid Al-I'tisam bermula jam 8.00 pagi.

Video perarakan ini adalah hasil rakaman daripada Team Studio Mashyur. Masjid Al-I'tisam merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Team Video Mashyur kerana sudi membuat rakaman ketika perarakan.

Salam Maulidur Rasul 1441H. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.

Masjid Al-I'tisam