Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam




Aktiviti Masjid


alt text

Muslimah dan Bahasa Kekasih Allah S.W.T.

Muslimah menjadi tulang belakang kepada perkembangan Islam. Muslimah terlibat secara langsung dalam pembentukan sesuatu institusi kekeluargaan dan akhirnya berkembang menjadi negara. Oleh itu, muslimah juga perlu teguh dalam ilmu. Oleh kerana kenyataan itu, Lajnah Muslimah mengambil inisiatif dengan mewujudkan kelas Bahasa Arab terhadap muslimah bertujuan agar mereka lebih mudah memahami Hadis dan Al-Quran.

Pengisian kelas ini adalah berkait dengan Hadis Qudsi, Feqah dan Tarbiyatul Aulad (pendidikan awal kanak-kanak Islam). Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah Ustazah Nor Azizah Mohd Zaidi berkelulusan Ijazah Bahasa Arab dan Kesusasteraan daripada Universiti Al-Azhar dan Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU) dan Ustazah Zawiyah.

alt text

Rutin kelas adalah pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 9:00-10:15 pagi di bilik muslimah Masjid Al-Itisam. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Oleh itu, pihak Masjid Al-Itisam menggalakkan dan mengalu-alukan kehadiran muslimah ke kelas tersebut. Hanya perlu “walk-in” sahaja. Kini, hampir 20 orang telah terlibat secara komited dalam kelas ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Zainormiza Bt Zakaria di talian 019-9398306. Sesungguhnya, ilmu tiada sempadan, wanita pemacu kejayaan ummah.

Masjid Al-I'tisam