Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Majlis Makan Malam Amal





Setakat ini, pihak Masjid dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya telah menganjurkan dua kali program Majlis Makan Malam Amal dengan objektif utamanya mengutip dana bagi projek pembesaran Masjid Al-I’tisam. Bertempat di Kelab Shah Alam Selangor, Majlis Makan Malam Amal kali pertama diadakan pada 13 Disember 2016 dan kali kedua pada 07 April 2018.

Kedua-dua program berjaya mencapai sasaran dengan anggaran 40 buah meja berjaya terjual dalam tempoh yang singkat. Pengisian pada majlis ini ialah alunan ayat-ayat suci Al-Quran, selawat dan qasidah, tazkirah pendek, tayangan video projek pembesaran, serta nyanyian nasyid.

Masjid Al-I'tisam