Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam




Aktiviti Masjid


Kad Keahlian Khairat Kematian

Lebih daripada 440 orang yang telah mendaftar sebagai ahli khairat kematian Masjid Al-I'tisam serta menerima kad keahlian sebagai bukti keahlian sehingga kini. Kelebihan menyertai khairat kematian Masjid Al-I'tisam antaranya ialah pengurusan jenazah yang sempurna dari mandi, kafan, solat, pengebumian termasuklah talkin semasa di kubur.

Disamping itu, kelebihan juga kepada keluarga si mati, di mana mereka tidak perlu lagi memikirkan kos pengurusan jenazah dan secara tidak langsung ia juga meringankan beban keluarga tersebut. Selain itu, tanggungan kepada pemegang kad keahlian juga turut menikmati manfaat yang sama jika berlaku kematian. Tambahan pula, jika pemegang kad keahlian sudah meninggal dunia, waris boleh menyambung terus keahlian.

Pihak Masjid Al-I'tisam menawarkan dua jenis skim khairat kematian. Pertama, skim keahlian sementara sebanyak RM30.00 setahun bagi seorang ahli pemegang kad dan yang kedua, skim yang menawarkan keahlian seumur hidup iaitu dengan sekali bayaran sebanyak RM500.00 sahaja. Bagi pendaftaran ahli kali pertama, bayaran RM20.00 akan dikenakan sebagai permulaan sahaja.

Lajnah Kebajikan Masjid Al-I'tisam turut menyediakan perkhidmatan van jenazah. Perkhidmatan adalah percuma bagi sekitar Lembah Klang. Jika ada permintaan daripada pihak pewaris untuk arwah ditanam di luar kawasan Lembah Klang, maka setiap 1 kilometer perjalanan akan dicaj sebanyak RM1 sahaja.

Untuk keterangan lanjut berhubung khairat kematian, sila hubungi Haji Marzuki Bin Ahmad di talian 013-4327 262 atau terus ke Pejabat Pengurusan Masjid Al-I'tisam.

Masjid Al-I'tisam