Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid - Karnival Geng Masjid 17.0





Masjid Al-Munawarah,Seksyen 27 - Berlangsung selama 3 hari bermula 9-11 November 2018, julung- julung kalinya Masjid Al-I’tisam menyertai Karnival Geng Masjid yang kini sudah berada pada Siri ke 17. Karnival ini telah disertai oleh pelbagai agensi dan peniaga seperti Hikmah Creative, UNIC dan Aman Palestine. Karnival yang mampu menjangkau 15 ribu pengunjung ini diisi dengan rencaman aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang diadakan seperti Ceria Bersama Didi & Friends dan Konsert Karnival Geng Masjid yang menampilkan artis seperti UNIC, Atu Zero dan Mestica.

Berobjektifkan untuk membina kesedaran dan penjenamaan nama masjid di mata masyarakat mengenai Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam, pihak masjid menyertai program ini dengan mengambil kedudukan ‘booth’ bersebelahan pentas utama. Seiring dengan kemeriahan program pihak penganjur, ‘Booth’ masjid juga meriah dengan pelbagai aktiviti seperti Roda Rezeki yang menyediakan pelbagai hadiah. Bagi pewakaf pula, pihak masjid memberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Risalah berkenaan Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam juga diedarkan kepada pengunjung karnival.

Penglibatan ini juga adalah dengan kolaborasi bersama pihak MaiKoop Masjid Al-I’tisam. Pihak MaiKoop Masjid Al-I’tisam menjual susu kambing dan juga minuman coklat bagi menghidupkan lagi ‘booth’. ‘Booth’ dimeriahkan dengan kunjungan artis terkenal tanah air iaitu Jalil Hamid.

Eksekutif IT dan Media Sosial, Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam, Cik Siti Nur Hidayah binti Ismail selaku Pengarah Program berkata “Kita akan meneruskan lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang dengan penambahbaikan daripada pelbagai sudut seperti menambah aktiviti supaya lebih ramai orang berkunjung ke ‘booth’ kita dan meningkatkan jumlah masyarakat yang sedar tentang projek yang kami jalankan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan dana bagi menampung projek ini”.

Masjid Al-I'tisam