Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam - Aktiviti Masjid




Majlis Ihtifal & Graduasi Kelas KAFA Menengah 2018


Masjid Al-I’tisam - 12 November 2018 : Seramai 37 orang pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah diraikan dalam Majlis Ihtifal dan Graduasi Kelas KAFA Menegah (K.K.M) Daerah Petaling 2018. Majlis yang julung kali diadakan di Masjid Al-I’tisam itu, turut dihadiri oleh seramai 12 orang guru KAFA dan hampir 50 orang ibu bapa.

Majlis diadakan bagi mengiktiraf para pelajar cemerlang selain memberi pengiktirafan kepada pelajar yang tamat peringkat KAFA Menengah. Majlis ini juga bertujuan memberi dorongan kepada pelajar dalam kemajuan dan kecemerlangan akademik pada masa hadapan.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Nazir Masjid Al-I'tisam, Tuan Haji Khamis bin Haji Abdul Kadir, wakil Masjid At-Taqwa (Desa Subang Permai), Puan Rohaya dan Ustaz Aswadi bin Hanapi, Imam Masjid An-Nur dan Ustaz Rozaini Nor bin Rostamizi. Kemeriahan majlis turut ditambah dengan persembahan kumpulan nasyid daripada Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Melayu Subang.

Berikut merupakan senarai Penerima Anugerah Pelajar Graduasi Kelas KAFA Menengah (KKM) :

MASJID AL-I'TISAM TTDI JAYA
1. Muhammad Ikmal Hakim B. Abdul Halim
2. Nur Ameerah Izzaty Bt. Mohamad
3. Nurul Ainatul Mardhiyah Bt. Mohamad
4. Nurul Husna Bt. Ahmad Subki
5. Maisarah Syafiqah Bt. Norman
6. Julia Karmila Bt. Rizal Anuar

MASJID AN-NUR KAMPUNG MELAYU
1. Dhabit Ilyas B. Muhd Bazli Jumani
2. Muhammad Iman B. Muhamad Noh
3. Elliyana Fitri Bt. Mohd Lutfi
4. Sri Wahyuni Bt. Kamaruddin

MASJID AT-TAQWA
1. Anis Jazmina Bt. Ramli
2. Nadia Bt. Wan Sahab

Masjid Al-I'tisam