Masjid Al-I'tisam

Pembesaran Masjid




Hari Amal Mesra (HAM)

Hari Amal Mesra merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh pihak Masjid Al-I’tisam. Aktiviti ini sudah dimulakan sejak tahun 2016 yang melibatkan kakitangan, ahli jawatankuasa dan petugas khas Masjid Al-I’tisam bersama ahli kariah masjid.

Allah berfirman ”Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir : Surah At-Taubah: 18). Justeru itu, program ini dijalankan bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan memperkenalkan aktiviti-aktiviti masjid yang sudah sedia ada kepada ahli kariah seperti program khairat kematian, kursus haji, bantuan untuk asnaf, dan banyak lagi.

Program Hari Amal Mesra ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pemeriksaan kesihatan mata, derma darah, Book 2 U, pertandingan mencari bakat muazzin, pertandingan memasak, pertandingan melukis, pameran kereta dan program-program lain yang akan diubah dari semasa ke semasa. Program ini diadakan bersempena dengan hari terbuka Masjid Al-I’tisam di mana anak kariah akan dapat bersama–sama ahli jawatankuasa masjid, di samping mendapatkan khidmat kemasyarakatan yang disediakan.

Antara objektif program ini adalah untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan silaturrahim di antara ahli kariah masjid. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mempromosi dan mencari dana bagi projek pembesaran Masjid Al–I’tisam. Objektif terakhir program ini adalah untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat bagi menggalakkan penglibatan masyarakat setempat.

Masjid Al-I'tisam