Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam - Aktiviti Masjid




Ekspedisi 3.0 Bukit Batu Putih


Pada 3 November 2018 bersamaan hari Sabtu, Lajnah Pemuda Masjid Al-I'tisam telah melaksanakan program mendaki ke Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada anak muda kariah menyertai aktiviti ini.

Para peserta mula berkumpul seawal 7 pagi di perkarangan masjid. Usai sarapan, para peserta bertolak ke destinasi dengan menaiki sebuah bas. Cuaca mendung dan hujan menyambut ketibaan kami. Walau bagaimanapun kami menganggap ia satu cabaran buat para peserta untuk naik ke atas.

Laluan mendaki telah disediakan oleh pihak berwajib bagi memudahkan perjalanan. Sebelum naik ke puncak, para peserta singgah sebentar ke rumah api berhampiran. Alhamdulillah sekitar jam 11 pagi, para peserta dapat sampai ke puncak dan berpeluang melihat pemandangan alam dan lautan yang luas ciptaan Yang Maha Esa.

Menurut pengarah program Abdul Hafiz Sanusiy, program tahun ni mempunyai kelainan berbanding aktiviti tahun lepas. Para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan stamina masing-masing tetapi dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain kerana kehadiran peserta lebih ramai.

Sebelum pulang, kesemua peserta makan tengahari di Pantai Teluk Kemang dan tiba semula di Masjid Al-I'tisam pada jam 4 petang.

Masjid Al-I'tisam