Masjid Al-I'tisam

Masjid Al-I'tisam




Aktiviti Masjid


alt text

Masjid Bersama Asnaf

Program bantuan untuk asnaf merupakan program berkala dan berterusan bagi Masjid Al-I’tisam, bertujuan untuk membantu anak kariah meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka. Setakat Mei 2018, terdapat 38 orang penama yang layak untuk menerima bantuan keperluan asas. Antara bantuan yang diberikan ialah beras, gula, minyak, susu dan biskut. Manakala sumbangan dalam bentuk kewangan juga diberikan seandainya ada pihak yang menyumbang. Bagi mereka yang ingin menyumbang, pihak masjid tidak meletakkan sebarang syarat.

Haji Marzuki bin Ahmad, Ketua Lajnah Kebajikan dan Masyarakat berkata “Kami turut sama terlibat dengan program lain anjuran masjid supaya mereka (asnaf) dapat ikut serta dalam program yang dijalankan oleh pihak masjid, disamping menerima bantuan”.

Selain itu, pihak masjid turut menyediakan dua buah ‘Almari Rezeki’. Fungsi almari ini adalah supaya sesiapa sahaja yang keputusan bekalan makanan boleh mengambil apa sahaja yang ada di almari tersebut, mengikut keperluan mereka seadanya. Manakala penyumbang juga boleh meletakkan sumbangan makanan mereka di situ pada bila-bila masa.

Kepada mereka yang ingin menerima bantuan sebagai asnaf, boleh mendapatkan borang asnaf di pejabat pengurusan atau memuat turun borang daripada laman web Masjid Al-I’tisam (www.kiai.com.my). Kita doakan supaya usaha yang dijalankan oleh pihak masjid ini mendapat keredhaan daripada ALLAH S.W.T.

Masjid Al-I'tisam